You are currently viewing 12 Hour Waiting At Labor Room Hospital Sultan Ismail

12 Hour Waiting At Labor Room Hospital Sultan Ismail

  • Post author:
  • Post last modified:July 10, 2021
  • Reading time:9 mins read
  • Post comments:1 Comment

Alhamdulillah, tepat jam 5:20 pagi hari Khamis 26 November 2020 bersamaan 10 Rabi Al-Akhar, 1442 di Hospital Sultan Ismail Sya telah selamat melahirkan baby lelaki.

Setelah membesarkan kandungan selama 9 bulan didalam rahim dan menunggu di wad selama 3 hari kerana sangkut dengan kencing manis semasa mengandung, akhirnya lahirlah zuriat pertama kami.

dimusim Covid-19 ni hanya ibu mengandung sahaja boleh masuk ke dalam labor room, tak macam dulu ayah pon boleh masuk sekali untuk bagi moral support kepada ibu.

Pada 25hb Nov Tepat Jam 6 petang Sya Inform Zaidi nak masuk ke labor room dah, so Zaidi kena collect semua barang Sya kat dalam wad yang Sya dah stay selama 3 days tu.

Hospital Sultan Ismail

Tips: kurangkan barang yang tak perlu, dan sediakan satu bag besar untuk angkut semua barang sekali bawa.

ingat, hospital bukan tempat picnic.

Kemudian Zaidi terus ke bilik saringan dimana pintu masuk ke labor room Hospital Sultan Ismail berada, masa ni Sya dah ada kat dalam labor room dah standby untuk deliver.

Keadaan di labor room Hospital Sultan Ismail

Kami menghadapi situasi yang sama, Zaidi tak dapat masuk untuk bagi moral support, nurse yang ada pon cakap suruh zaidi balik dulu, nanti dah selesai pihak hospital akan maklumkan untuk uruskan seterusnya.

yup nurse memang akan call, tapi anggapan kami semua indah belaka sebab ramai yang cerita biasa masuk sekejap dalam 2/3 jam macam tu dah boleh keluar.

so sebab Zaidi ni exited nak jumpa baby dia, maka dia pon stay lah kat kawasan bilik saringan tu with others father to be or anak dah ada ramai pon menunggu nak bg moral support kat ibu.

Most kawasan Hospital Sultan Ismail yang kami jumpa samaada beraircond ataupon memang malam tu dah sejuk, kami tak dapat beza, time tu Zaidi tak bawa sweater so dia rasa sejuk sampai ke tulang.

See also  Elak Sharing Hambar?

Jam 10 Malam di Hospital Sultan Ismail

lepas tu masuk jam 10 malam ada beberapa ibu dengan baby dah keluar dari labor room, sorang sorang ibu cari pasangan bila lalu kat kawasan menunggu tu, tapi Zaidi masih menunggu Sya dengan baby tak jumpa.

Zaidi dah mula risau, biasa orang cakap dalam 2/3 jam ja, tadi Sya masuk jam 6 petang, sekarang dah 4 jam dah. apa yang Sya tengah buat kat dalam tu, Sya ok ke dak?

Tips: Ibu dan baby amat memerlukan moral support dari bapa, try be the first yang mereka jumpa.

Dah masuk jam 10 malam memang masa untuk tidur Zaidi, dia buat macam macam gaya tidur ada yang duduk, dah penat duduk dia berdiri, nak baring melintang kat kerusi nampak tak senonoh sebab ada juga bapa bapa lain yang sedang menunggu sama.

masa ni ada beberapa bapa yang dah keluar mungkin cari makan malam or something else. sebab kawasan situ sejuk sampai ketulang, tambah malam lagi la sejuk. mungkin lepak mamak kot.

bagi yang duduk jauh macam Kota Tinggi tu boleh la stay kat mana mana hotel terdekat, kalau macam Sya warded 3 hari, banyak gak la barang yang zaidi keep replace macam makanan, baju and moral support. tu pon banyak berulang

Zaidi still stay kat waiting room hospital tunggu man atau kalau kalau next group ibu keluar jumpa Sya, padahal perut dah keroncong sebab Sya inform jam 6 petang tak sempat beli makan malam, terus tunggu kat wating room.

Zaman Covid-19 ni Cafe dan hospital mart pon jam 6 petang dah tak buka, sebab x da visitor yang dibenarkan masuk untuk stay unless untuk penjaga. kalau sebelum ni kat hospital lain yang kami p, ada ja kedai late night sebab ada demand nak jual malam.

See also  2 Tahun, Cepat Masa Berlalu

nasib baik ada vending machine kat sekitar hospital ada jual megi and air panas, kalau nak basah tekak or nak alas perut boleh la beli kat situ. kalau nak keluar nanti dah leceh sebab nak masuk balik nanti jauhhhhh.

Jam 2 Pagi di Waiting Room Hospital Sultan Ismail

Kemudian jam 2 pagi, ada lagi beberapa ibu yang keluar dari labor room Hospital Sultan Ismail dengan baby masing masing. masih tak jumpa Sya dan baby comelnya.

dalam masa sama juga ada beberapa Ibu yang masuk labor room walk in, mungkin dah sampai masa, sempat Zaidi sembang dengan salah sorang, dia kata isteri dah rasa nak bersalin, contraction dah makin kerap dan its his third child tak risau sangat.

Tips: Try sediakan snack untuk kunyah malam malam seperti contoh roti, biskut or what ever yang boleh bekal instant energy.

Doc suh dia balik, dia pon balik p beli makanan. eh, senang betul hati bapa dia ni, relax tak risau langsung. then i imagine mungkin first chil je kot yang risau, lepas ni dah biasa macam oh thats normal yada yada.

time ni Zaidi memang dah koyak teruk, dengan tidur sejuk tak selesa and tunggu lama, tak tahu keadaaan ibu dan baby macam mana, then rasa macam nak keluar sat tapi serbasalah kalau tak jumpa baby dulu, arghh bacam macam perasaan lah.

lagipon da ramai yang keluar labor room tu, kami pon tak tahu lah yang keluar labor room macam ramai, tapi yang masuk tak ramai, entah ada berapa banyak katil la kat dalam tu, sebab tak boleh masuk, tapi pelik ahahaha sya orang yang ke berapa nak bersalin? dia amek no dulu ka?

See also  Metabolism tinggi vs metabolism rendah!

too much to think ahahahah.

Masuk Jam 4 = 10 Jam Menunggu

sekali lagi ada few mom yang dah keluar dari labor room, dah setiap kali tu la Zaidi akan cari Sya dengan baby, mano baby ni? dah keluar ka belum?? dah nak masuk subuh dah baby weh.

Tips: Jangan gelabah, you have all expert around you

masa ni memang dah penat, dalam jam 6 memang lepas subuh macam tu zaidi p la tanya nurse:

Nurse macam mana keadaan wife saya?

ala ala macam kat muvi tu.

lepas tu nurse jawab,

isteri encik dah selamat bersalin jam 5:20 tadi. Normal

then zaidi pon terkezut nak marah sebab depa inform lambat pon x boleh sebab tengah happy, what i can say just Alhamdulillah akhirnya berjaya juga melahirkan zuriat secara normal walaupon stay kat labour room almost 12 jam.

2 Jam Selepas Bersalin

Baby berjaya lahir pada jam 5:20 pagi, memang betul betul nak waktu subuh dia keluar, then doc kena bagi ibu rest dulu for two hour kat dalam labor room untuk gain energy balik. so lepas 2 jam baru ibu boleh keluar. rupanya macam tu procedure.

about jam 7:30 macam tu dapat call dari nurse hospital untuk standby makanan berat untuk ibu, tapi zaidi tak terus gerak, dia tunggu ibu dan baby selamat keluar dulu.

Alhamdulillah dapat tgk baby !

nurse tolak wheelchair Sya dengan baby, soo cute!!

Tips: Staff Hospital Sultan Ismail Sangat Professional.

lepas masuk wad nurse pesan untuk ayah boleh la nak azan kat telinga baby sekarang, walaupon non-muslim tapi depa respect dengan kita. they are soo professional!

jemput subscribe kat blog Sya

Join Sya Madeena Sekarang untuk Generate More Income boleh register terus di bawah, kami akan guide from A to Z. Ataupun kalau nak beli dengan Sya Madeena, tapi ingat stock limited, first come first serve basis.

Untuk sebarang pertanyaan boleh terus WhatsApp Sya, nanti Sya balas ASAP.


Giveaway Voucher – Untuk Kita kita aja

Untuk update terbaru boleh subscribe to our WordPress :


This Post Has One Comment

Leave a Reply