You are currently viewing The Best Things To Do For GDM During Pregnancy

The Best Things To Do For GDM During Pregnancy

  • Post author:
  • Post last modified:July 7, 2021
  • Reading time:7 mins read
  • Post comments:0 Comments

Bagi Ibu mengandung, acronym GDM (Gestational Diabetes Mellitus), adalah antara acronym yang amat disegani sebab layanan untuk orang yang sangkut GDM semasa mengandung ni boleh dikatakan renyah/leceh.

Sya start bukak buku merah masa kandungan nak masuk 2 bulan.

Utk first checkup tu nurse cakap next appointment dah kena buat MGTT untuk make sure ibu mengandung takde GDM (Gestational Diabetes Mellitus), which is a week after. 

Rasa mcm woaaah cepatnya. Terkejut jugak. Sebab selalu baca pengalaman org yg kena minum air gula awal ni sama ada dia ada history dari family dia atau pon dia sendiri da memang ada kencing manis.

Peliknya dalam sejarah family Sya takda sorang pon ada kencing manis. Tapi kena awal jugak. Sya follow je apa yg nurse tu suruh since it was my first pregnancy.

First Time Check GDM Minum Air Gula

Kena puasa start pukul 10 malam sebelumnya and esok pukul 8 pagi pergi klinik, nurse akan terus ambil darah dekat lengan.

GDM

Lepastu nurse bagi minum air gula. Besar gak yee cawan dia ahah. Mostly bila baca or dengar pengalaman orang rata rata semua tak suka kalau kena minum air gula ni.

Nak termuntah lah, tekak loya lah, pening lah etc etc, tapi bila minum, it was not that bad. Okay la tak manis sangat tpi ye mmg rasa pekat kat lidah tu ahaha.

Sya minum relax relax, santai santai ja. Try utk minum teguk at once tp tak boleh wey ahahah tu lagi buat sya nak tersembur muntah 😂😂

Then after 2 jam. Darah akan diambil semula 🙂 result dalam few days camtu. If dorang call means kita sangkut gdm, if takda. Kita free

See also  The Best Way To Get Vivix Murah At Member Price

Masa check gula semua tu Sya buat kat kulim sebab masa tu PKP, tak boleh balik JB

But after few days dapat pelepasan utk balik JB Zaidi dtg pickup Sya nak bawak balik. Since tak dapat call Sya assume yg the result was okay. Normal.

Result GDM Pertama

Once dah sampai JB. Esok tu dapat call dr nurse kulim gtau yang gula Sya tinggi sobss

Result darah before amik air gula 4.9 mmol/L while after amik air gula 8.48 mmol/L

Kena dapat range between 3.3-6.6 mmol/L. Tinggi gak eh. Ahaha

Masa tu kita dah start panik, risau. Aduh tak da pengalaman. Sapa pon dalam family tak pernah ada gdm.

Takdak tempat nak refer. But thank god kawan Sya, ikin ada pengalaman with GDM.

So dengar cerita dia hilang lah panik. Gittew gelabah. Then esok sya proceed g klinik desa maju jaya dekat Jb.

Inform dorang result test gdm dah buat dekat Kulim and tinggi so dorang bagi another date utk start buat BSP

Followup Checkup Untuk Monitor

BIla dah sangkut GDM ni memang sampai ke bersalin lah kita kena buat BSP ya. Appointment pon every 2 week.

Cara nak buat BSP tu lebih kurang mcm MGTT kena puasa start dari 10pm hari sebelum tu.

Cuma bezanya esok tu kena datang 4 kali ke klinik utk ambik darah. Tapi this time ambik darah kat jari je cucuk sikit tu. 

4x jugak lah kena cucuk (8.00am, 10.00am, 2.00pm, 8.00pm) –

Prosesnya camni,  malam kita start puasa kul 10malam then pagi tu jam 8 pergi buat BSP cucuk jari. Then kita kena makan and puasa semula utk 2 jam. So jam 10 buat BSP cucuk jari lagi. Begitu lah seterusnya.  Cucuk, makan and sambung puasa for 2 hours sampai 4x.

See also  zero to hero | story

Tak kisahlah jam berapa kita nak p tp try manage ikut waktu klinik. Utk BSP waktu malam takda jalan lain p klinik swasta or farmasi yg ada alat utk buat BSP tu. Yang penting lepas makan tu wajib puasa for 2 hours utk cucuk semula.

Result cucuk tu nanti rekod dalam buku merah utk dr review kita pada esok hari mcm kat bawah ni

Buat BSP ni diberi pilihan sama ada nak buat sendiri kat rumah atau pon nak dtg klinik.

Kalau sendiri relax lah tak yah berulang alik setiap 2 jam nak ke klinik and paling penting sekali result kena jujur lah.

Tapi sya decide utk pergi je klinik. Malas nak buat sendiri. Nak cucuk sendiri pon takut even kat jari ahahahahah. Rela pergi 4x lagi memang penat dari perut kecik lagi sampai memboyot kena buat BSP ni.

But everything for my baby safety i would do.

Next story Sya cerita pasal result BSP ni ada sekali BSP rendah and sekali BSP tinggi

Kena bebel kaw kaw punya dengan doktor. Menangis jugak lepas tu. Hati sensitif ahaha. Tunggu okay

Just for sharing since i know yg i pregnant i always take my vitamin c, b complex,  omega and ostematrix



Join Sya Madeena Sekarang untuk Generate More Income boleh register terus di bawah, kami akan guide from A to Z. Ataupun kalau nak beli dengan Sya Madeena, tapi ingat stock limited, first come first serve basis.

Untuk sebarang pertanyaan boleh terus WhatsApp Sya, nanti Sya balas ASAP.


Giveaway Voucher – Untuk Kita kita aja

Untuk update terbaru boleh subscribe to our WordPress :


Leave a Reply