The Best Durian Experience Is Coming

  • Post author:
  • Post last modified:January 26, 2021
  • Reading time:5 mins read
  • Post comments:0 Comments

Guys! MUSIM DURIAN DAH NAK MAI!

serius kami tunggu-tunggu musim durian ni, sebab last year tak dapat makan durian sangat sebab tengah mengandungkan Yusuf, InsyaAllah tahun ni kami akan buat durian hunting lagi macma last time.

Ni musim durian 2019, lama dah tapi bila dapat port durian memang puas hati habis, kami maksud port tu jenis yang durian yang pelbagai jenis dan quality pon best ngat k.

Kat Johor Bahru ni susah nak dapat yang fresh, kalau ada pon nama familiar kami dengar adalah Durian Segamat, Durian Pontian, Durian Kulai atau pon dari Muar. so kalau nak rasa yang baru jatuh pokok tu kena balik kampung!

Harap tahun ni dapat enjoy suasana musim durian macam tahun tahun lepas, rindu ngat dah aih. kalau balik kampung zaidi ada durian segamat, kalau balik kampung Sya ada durian Balik Pulau. dah kena plan untuk cuti Durian dah

Durian

Bila start musim durian ja semua berlumba lumba untuk cari durian. Ada durian Musang King, IOI, Udang Merah, Kucing tidur, durian kampung dan macam macam lagi. setakat ni

Few years back kalau borong durian kampung tu duit purple 2 keping dapat angkut satu bakul. Time tu memang heaven! boleh makan satu family, siap boleh bagi jiran sebelah nak jamah sekali.

Masa berlalu sangat pantas!!

Sekarang kalau nak beli durian kena siapkan 3 keping duit purple untuk beberapa biji.. baru ni beli 3 mangkuk cendol durian dah RM 80. Ada yang charge RM 20 per satu bowl. dalam tu ada lah beberapa ketul durian.

Tadi sembang dengan sorang kawan dia kata sekarang kalau singgah tepi jalan cari durian kampung sekilo dah RM 20. Kalau dulu dapat RM 5 sekilo. kalau ada yang advertise rm 5 pon semua jenis durian nak buat tempoyak.

kalau nak yang baik, harga lain dah. semua tu strategy perniagaan untuk tarik pelanggan singgal stall depa, thats a good strategy.

See also  Grab Your Youth Skincare Shaklee Newly Launched On March 2018!

bagi kami kalai nak tahu stall durian mana yang best tu, kami akan survey stall yang ada ramai orang singgah, bukan setakat satu kereta singgah tapi ramai orang, tapi banyak kereta singgah, dari situ kita tahu stock situ fresh.

ada juga yang buka mode buffet kat dalam Dusun, tu kami pernah pergi kat area Pontian, ada satu dusun depa open untuk makan makan, memang teruja la sebab boleh pilih buah yang pelbagai.

kami ni jenis tak kenal jenis durian, lepas tu ada sekali tanya dia kata, ni baru sampai dari Segamat, ni jenis dari Muar, ehhhh kami ni nak makan durian yang Fresh baru gugur dari pokok.

rupanya mana destinasi pon baik p direct kat sumber, dapat makan fresh, dan harga yang munasabah. tapi kalau kenis pandai pilih, you are lucky, boleh dapat makan durian yang sedap.

kalau ada tips nak pilih durian, meh share sini, kita belajar pilih sama sama.

Hope tahun ni dapat enjoy the same spirit makan durian as before, makan ramai ramai, x yah makan pakai mask hahahaha, kalau makan durian lepas tu pakai mask, pergh, melekat weh bau durian kat mask!

Jangan lupa singgah kedai kecik Sya disini:

kalau nak tanya apa apa boleh terus wasap Sya

Leave a Reply