You are currently viewing Gunung Irau Experience pt. 1

Gunung Irau Experience pt. 1

  • Post author:
  • Post last modified:February 3, 2021
  • Reading time:5 mins read
  • Post comments:0 Comments

Salam and a good day!

masa belajar dulu memang kami rajin lah hike sini sana, maklum lah masa belajar dulu ada banyak masa dengan kawan dan masing masing pon masih aktive bergerak sana sini.

Tapi dalam banyak banyak site yang kami hike, ni paling unprepared!

Pada mulanya kami memang rancang nak ke Ipoh untuk deliver barang,  tapi kebetulan tu ada gang nak naik ke gunung Irau. as usually we do, kalau dah sampai satu tempat tu, tak sah kalau tak menyianggah untuk site seeing or cari makaan sedap-sedap. 

So, bila date nak p tu, ada few kereta lah masing masing naik kereta ada yang naik Myvi, ada yang naik Preve and memang selesa lah depa, and masa dulu kami cuma naik kancil manual ja, tapi sebab dah plan nak p hantar barang, so kami teruskan juga.

gagah kami drive jam 2 pagi dari KL ke assembly point di Tol Simpang Pulai untuk gather dengan guider. sebab masa tu masing masing tak ada experience hike area sana, so kami ambil guidance. lagipon masing masing malas nak fikir track or apa semua, just nak enjoy the moment ja. main purpose of guidance adalah untuk  safety, tak mau lah leka sangat tgk moses sampai lupa jalan nak balik .

Tiba di Simpang Pulai, dalam Jam 3.30 pagi, tu pon lepas berenti few R&R untuk rest, lepas semua gather cukup orang, kami terus shoot ke kaki gunung Irau.

Dalam perjalanan tu memang kelakar, dah lah kami naik kereta Kancil, lepas tu follow direct guider kat depan, ampa just imagine naik kereta kecik and jalan cameron highland yang licin pagi pagi buta dengan lampu yang hidup segan mati tak mahu tu, gagah gak naik.

See also  The Best Diapers Cream For Your Baby Bums

and funny part adalah, jalan kat sana agak curam and ada few part ada simple  drain system, dan depa cover dengan steel bar, dah kami naik kereta kecik, lepas tu ada satu drain tu, kereta macam tak lepas, Few trial memang x lepas, dalam hati memang dah panik dah dan i siap cakap dengan Sya macam ni:

sayang, kalau kereta kita tak boleh lepas drain ni , u turun boleh tak? sebab i rasa macam kena tolak kereta ni, lagipon kat belakang kita ni ada banyak lagi kereta, tak nak lah kereta kita mengundur terkena kereta belakang.

thats the funniest moment yang memang sampai sekarang kami tak lupa, just imagine pagi buta jalan gelap dengan jalan licin and kereta yang tak berapa nak grip jalan.

just a good memories! kalau hati dah tekad tu, alang alang dah sampai, memang kami akan pulun hingga capai ke puncak!
(Thanks MAQ for the great journey!)

then few hours drive, akhirnya kami sampai kat kaki gunung Irau dalam jam 5 pagi, antara group terawal yang sampai sana. Alhamdulillah kondisi kenderaan ok, xda masalah and yang paling penting semangat semua peserta berkobar-kobar.

dan disebabkan kami sampai masih awal, so, guide kata ampa rest sini dulu jam 7 pagi lepas ayam kokok kita gerak naik atas. 

ampa pernah p Cameron kan? tapi pernah tak ampa tido dalam kereta kat Cameron? nah i tell you, SEJUK YANG AMAT!!!! and frankly speaking i x prepare for such weather!! sebab x pernah lagi hike gunug pakai baju sejuk! and tido dalam kereta xda water heater.

tapi few hours tu memang kami fully utilised ambil masa untuk rest. sebab early morning memang nak jalan naik atas!

See also  HOW DO I START BUSINESS WITH SHAKLEE

nah kami belanja gambar kat kaki gunung Irau.

dikaki gunung irau

pesanan pada mereka yang plan nak daki gunung irau, sila pastikan sistem perkumuhan anda dalama keadaan terkawal, sebab on 2015 kawasan kami parking tu tak ada kemudahan toilet, so pagi tu ramai yang nak membuang, depa kena p kat semak, fortunately dalam kereta i memang dah sediakan tisu, so you save my day! kalau guna air, GIGIL WEHHHHH ahahhaah that another funny thing that made me smile bila teringat!

ni gambar acah acah sebelum mendaki, kalau perasan i wear 2 lapis baju sejuk!

i’ll continue with second part! 

ps: kalau ampa nak hike lagi, do let us know!! kaki dah gatal nak jalan lagi !

Leave a Reply