Site icon Sya Madeena

The Best Experience Khatan Baby Lelaki Untuk Muhammad Yusuf

Untuk Muhammad Yusuf, kami memang plan untuk khatan awal sebolehnya waktu dia baby lagi. Sebab penjagaan masa baby sebenarnya sangat mudah and recovery pon memang laju, plus, waktu waktu umur ni pergerakan dorang masih tak banyak so ada bonus disitu.

Before buat, semestinya kita as parents nak cari klinik yang terbaik untuk anak kita kan. Zaidi serah kat Sya bab nak survey klinik klinik yg ada buat rawatan utk khatan.

I’ve been surveying a few clinic jugak lah, but yang paling best is Klinik Kamal. Doktor yang ada experience untuk rawatan khatan. So lepas sort out everything, dah baca review and dah yakin sebetulnya nak pilih klinik tu, Sya inform Zaidi, bila dia pon okay Sya call klinik untuk set appointment without wasting any more time.

Alhamdulillah Yusuf selamat berkhatan masa dia 2 bulan 23 hari date 19.2.2021 hari tu bersamaan dengan hari Jumaat jam 8.30 pagi. Perasaan kami masa decide nak buat tu biasa ja cuma a bit risau pasal moment after sunat tu lah.

Moment before kena panggil masuk bilik doktor untuk berkhatan

“Yusuf okay ke lepas tu? Meragam ke tak? Kalau dia nangis macam mana? ” Haa persoalan persoalan gitu lah yang menjadi tanda tanya. Takut jugak since this is our first child and takda pengalaman langsung untuk jaga baby yang bersunat.

Beside he is still a baby. Cakap pon belum lagi. Kalau dah besar budak tu boleh cakap sakit ke apa kan. Ini baby. Itu je lah yang menjadi kerisauan. But insyaallah everything will be okay.

Just some advice untuk yang nak khatan anak awal waktu baby ni kita kena prepare mindset kita awal awal. Maybe anak akan jadi a bit cranky lepas bersunat. Menangis. Or tak tido malam ke. Haa so nanti takda lah terkejut and panik!

Luckily kita zaman sekarang ni semua pon dihujung jari. Boleh baca blog, baca kisah kisah pasal anak bersunat. That is what we do before sunatkan Muhammad Yusuf untuk hilangkan rasa neves tu. First time jadi parents guys panik tu semestinya lah ada. Ehhehe

Moment Semasa Bersunat

Rawatan start at 8am. Masa khatan hanya salah sorang parents ja dibenarkan masuk sebab COvid19 kan. Rawatan khatan ada dua orang yang assist.

Dr Kamal sendiri and his assistant, perempuan. Both are so good and very soft spoken. Untuk jenis rawatan khatan dekat Klinik Kamal dorang hanya buat yang jenis teknik clamp sahaja. 

Ni la clamp yang doktor pasang kat Yusuf. 3 hari pakai lepas tu baru bukak

Before start dorang bedungkan tangan Yusuf untuk kurangkan pergerakan sewaktu berkhatan. I thought i was strong enough to look at the process ahahaha tapi Sya neves gila weh doktor tanya nama anak pon Sya lupa. Ahahahahah blank terus.

Tapi doktor bagus. Dia tenangkan kita and baby. Before start doktor sembang sembang ngan Yusuf perkenalkan diri semua tu and suprisingly Yusuf senyum dengan doktor tu. Kitorang expect Yusuf takut dengan orang sebab dia takda exposed jumpa sesapa lagi since dia lahir sebab PKP ni.

Once doktor dah nak start cucuk bius, doktor suruh Sya bacakan al fatihah sama sama. Masa tu hati macam tak sampai hati bila tengok muka Yusuf and Sya gtau doktor Sya nak tukar ngan Zaidi, so Sya keluar and Zaidi masuk. 

Masa tunggu kat luar dalam few second cam tu Sya dengar Yusuf nangis kuat. Ahaha maybe sakit doktor bius. Tapi sekejap je nangis tak lama, beside tu la kali pertama Yusuf nangis yang kuat untuk tahan sakit. He is such a strong boy.

Then dok sat. Dia nangis lagi. Kejap nangis kejap tak. Ada lah tu yg dia rasa bila nangis.

Sya dekat luar tertanya tanya apa lah jadi kat dalam bilik tu. Dengar suara Yusuf nangis tapi tak leh g ke dia pintu tutup ahaha. Then saja cecuba bukak pintu bilik doktor and mengendap dorang kat dalam.

Mujur doktor tak halau. Dia cuma cakap “eh maknya mengendap pulak “ ehhehe dornag biarkan je sya tgk dari side pintu. Doktor tengah cuci and nak habiskan treatment dah pon.

Yusuf baik sangat. Menangis tu perkara biasa. Khatan mestilah sakit.Tapi since i know yusuf is in a good hand insyaallah all is well.

Rawatan amik masa 5-10 minit je. Sat sangat tetiba doktor suruh sya masuk and dukungkan Yusuf.

Doktor explain cara handle anak after berkhatan. Dari segi penjagaan semua treat mcm biasa ja. Pampers, mandi semua mcm biasa.

After 6 hour doktor advice untuk bagi ubat tahan sakit kat Yusuf since bius akan hilang. Hari pertama selalu baby akan cranky sikit sebab sakit lagi kan so dorang bagi syrup pcm untuk kita bagi kat baby nanti.

syrup pcm /ubat demam yang doktor bekalkan

Ubat tu bagi 3mL ja and doktor kata tak kuat. Shouldnt be a problem. Kalau ada doubt pape terus tanya doktor senang. Kitorang memula ingat Sya yang kena amik ubat tu since breastfeed kan Yusuf ahaha. Kitorang risau sebab baby lagi boleh ke makan ubat. So terus tanya even tho soalan macam mengarut pon takpe atleast kita belajar kan.

Total price sunatkan Yusuf all in termasuk ubat and cream rm250. Dah selamat semua. Tunggu tiga hari pulak untuk datang semula cabut clamp and dressing. Then kitorang pon balik, haa nak tahu apa jadi after selesai sunat tu? Yusuf nangis ke tak selama 3 hari? Meragam tak? Macam mana pemakaian pampers bila ada clamp terlekat dekat situ? Tak takut ke? next post i’ll be sharing about it tunggu okay. hehe


Join Sya Madeena Sekarang untuk Generate More Income boleh register terus di bawah, kami akan guide from A to Z. Ataupun kalau nak beli dengan Sya Madeena, tapi ingat stock limited, first come first serve basis.

Untuk sebarang pertanyaan boleh terus WhatsApp Sya, nanti Sya balas ASAP.


Exit mobile version