lunch in johor bahru

The Best Lunch in Johor Bahru & Location Update for 2020

  • Post author:
  • Post last modified:January 26, 2021
  • Reading time:12 mins read
  • Post comments:1 Comment

Post sebelum ni dah share tentang tempat sarapan yang best di Johor Bahru, kalini nak share mana nak Lunch in Johor Bahru tempat-tempat best yang kami selalu makan.

Johor Bahru ni luas dan tempat makan yang ada pon banyak, ada juga tempat makan yang baru jami jumpa dan ada yang memang dah lama kami enjoy the meal there.

antara spot ni adalah yang famous for lunch in Johor Bahru, ada juga tempat yang biasa biasa, so kalau nak ubah selera boleh juga try makan di sini.

Pilihan Lunch in Johor Bahru:

Restoran Anjung Selatan

Nah, ni antara pilihan terbaik bagi mereka yang gemarkan pilihan lauk yang banyak! ada pelbagai jenis lauk dari masak kuah lemak cili padi, masak merah, sup, salai, ada ulam-ulaman dan banyak lagi.

makanan style buffet untuk tengah hari ampa boleh pilih ja ikut selera ampa, range harga pon ada disediakan. so just makan tu beringat jangan dok main angkut ja semua tak tgk harga.

Pernah kami bawa family makan sini untuk lunch, sekalu duduk RM 80++, tapi cek balik rupanya laik adik zaidi amek boleh tahan hahaha dia amek udang dengan sotong masak butter tah berapa ketoi tah, style main amek ja.

hahaha tapi kami memang reccomend makan sini sebab masakan dia sedap dan option yang pelbagai, jangan sampai rambang mata k. try focus nak makan apa and amek yang nak makan ja. kalau bawa family, suh depa makan lain lain jenis, so boleh rasa semua!

yang utama fav kami disini adalah ikan Patin Masak Tempoyak! tak banyak kedai jual kat sini, biasa nak cari ikan ni kat Pahang ja jumpa, tapi ni macam dari pahang mai lunch in Johor Bahru rasa tak lari jauh!

bila dah ambil kepala ikan patin, lauk lain kami memang dah tak amek, just to enjoy the taste of masak tempoyak dia. memang puas hati kalau makan dengan tempoyak dia dan ulam ulaman. tu ja dah cukup for me.

See also  The Best Solution for MacBook Pro Motherboard Problem

ada juga siput sedut kat sini, tapi for siput sedut we have another place yang baik untuk kami bawa.

Warung Siput Sedut Kg Pangkalan Rinting

bagi penggemar siput sedut, kedai ini memang tempat yang MUST TRY! rasanya gerai lama ni famous dari dulu lagi, sebab orang lama yang recommend pada kami untuk makan sini.

Main dishes kat sini adalah siput sedut, pilihan lain tak berapa banyak, tapi baru ni kami singgah mereka dah variety kan pilihan mereka seperti ayam kari, asam pedas dan masak merah.

another special menu depa adalah ikan goreng depa, deep fry rangup and sangat tempting, tapi bit pricy, kalau bawa family boleh la ambil sekor ikan goreng depa, makan dengan nasi panas pon ngam!

kat sini Sya suka makan yang cucuk-cucuk tu, telur puyuh, paru, kerang and few more, nampak simple tapi sedap k. kalau nak makan kat sini, kami suggest untuk mai time hari bekerja, sebab weekend depa cuti.

One more thing kalau ampa datang masa peak hour, memang parking penuh sebab warung tepi jalan ja, xda parking yang banyak. kalau sempat boleh park kat depan kedai tu ada sikit kawasan lapang untuk park for lunch in Johor Bahru.

Mat Corner Nasi Ambang

Nasi Ambeng ni antara makanan tradisi di Johor, lauk dicampur sekali ayam, sayur, ada ikan masin, tempe dan mee kuning. untuk ayam ada pilihan ayam masak ungkep, masak merak, masak kicap.

tapi Mat Corner ni buat lain sikit sebab tak ada mee kuning, ada yang kata nasi ambeng sini bukan nasi ambeng authentic sebab tak ada mee kuning, i cannot disagree more, tapi Mat Corner ni masakan dia sedap, so kami makan yang sedap! ahahha

lunch in johor bahru

Peak hour nasi ambeng ni masa lunch time, kalau nak beli kena beratur dulu, kalau ada bawa member, suh depa book meja food court kalau lambat takut duk jauh dengan gerai.

See also  Productive Meeting - Kulim

masa tengah hari tu try cek, kadang ada orang yang nak bungkus untuk officemate atau ada gang budak sekolah yang selalu borong untuk kawan kawan lepas balik dari sekolah.

Menu kat sini cuma ada ayam dengan rendang daging, kami selalu ambil double ayam, harga pon berpatutan RM 7.50 untuk ayam double.

Sejak jumpa nasi ambeng sini, cari tempat lain susah nak cari yang par dengan sini. sebab kuah ayam dia memang special sambal belacan dia pon ngam combination dengan kuah ayam sesuai sangat untuk lunch in Johor Bahru.

Nasi Kandar Hijrah

Masa Sya pregnant 8 bulan dia ada cakap nak makan nasi kandar, masa tu kami kat Johor, nah mana nak cari Nasi Kandar? selama kami dok sini tak jumpa lagi kedai nasi kandar yang umph!

lepas tu pergi kat satu port nasi kandar yang famous baru buka kat Johor Bahru ni, tapi Sya kata tak power macam kat kedai makan Kedah, then i said sayang sini Johor, memang tak sama, beras kat Johor ni lain.

then dia gelak ja, lepas tu kami search lain, jumpa dengan Nasi Kandar Hijrah ni, sebelum masuk kedai tu kami dah bau aroma kari nasi kandar dari jauh. dalam hati memang cakap, ni lah dia yang kami cari selama ni!

Bila Google depa kata menu yang best kat sini adalah ayam madu dengan ayam bawang. kalau nak makan kari gear box kambing pon boleh kat sini. First try kami ambil Nasi Kandar Ayam Bawang dengan Telur Sotong.

meang first try tu buat kami repeat few times kat sini sebab rasa memang umph! macam ni kalau mengidam lagi pon boleh makan kat Nasi Kandar Hijrah ni untuk lunch di Johor Bahru.

See also  The Best Durian Experience Is Coming

kepada penggemar Nasi Kandar yang dah terlajak ke Johor, boleh makan tengah hari kat sini sebab sekali suap sure teringat nasi kandar kat Penang tu.

Warung Man (Mak Ram)

Warung ni special untuk makan kudap kudap, tapi peak hour dia tengah hari masa rehat office, pernah kami p lepas jam 4, makanan dah tak banyak. so kira makan tengah hari light.

kat sini special pisang goreng dengan kuah dia, sebab kalau ampa perati dia ada campur kuang kacang, kuah merah, kuah kicap, so ampa yang dok luar johor tak payah gaduh sebab dia campur semua.

yang kat atas ni sya memang campur ja semua yang boleh campur, kuih keria pon main masuk ja kasi banjir! ahahahah

kalau nak minum petang kat sini sesuai, tempat pon selesa ada banyak kerusi. walaupon tarikan utama adalah pisang goreng tapi masih ada makanan lain, contohnya Soto, laksa, nasi ambeng dan banyak lagi.

boleh try datang sini:

Honorable mention:

Ada lagi beberapa tempat yang menarik untuk try seperti dibawah:

Dulang LIma Cafe: sekali masuk rasa macam berada di zaman 70-an sebab deco cafe bertemakan clasic, makan kat sini ada masak lemak, asam pedas dan yang pasti kalau order, depa serve dalam dulang.

CAFE BISTRO ZL: kat sini menu Nasi Ayam special dia jadi focus kami, location sebelah Masjid Jamek BBU.

Chamek Kopitiam BBU: Sya suka makan mee goreng kat sini sebab makan cukup rasa.

kalau adatempat makan yang best lain, boleh inform sya, nanti kami masukkan kat dlam list 2021.

lepas ni kami share tempat for dinner.

boleh try makan sini k

This Post Has One Comment

Leave a Reply