You are currently viewing Unforgettable Experience Pregnancy Induced With Balloon

Unforgettable Experience Pregnancy Induced With Balloon

  • Post author:
  • Post last modified:July 10, 2021
  • Reading time:7 mins read
  • Post comments:1 Comment

First time mom memang banyak kena belajar, salah satu adalah mengenai pregnancy induced, Alhamdulillah sya sempat baca sebelum serah diri, tapi banyak lagi kena tahu rupanya!

Kalau ikutkan EDD sya adalah pada 23.11.2020. Tapi disebabkan Sya sangkut dengan GDM if tak bersalin jugak date tu nak tak nak kena serah diri masuk wad untuk paksa bersalin. 

Harapan kami mestilah nak bersalin secara natural instead of induce. So hari hari Sya berdoa minta Yusuf keluar before 23hb tu, macam macam ikhtiar kami buat untuk lancarkan proses delivery.

However Allah has better plan for us. masih tak keluar keluar lagi yusuf ye sampai 23hb tu. Masih selesa berenang dalam perut agaknya.

Pagi 23hb Syaa ready dah nak pergi hospital. Cumanya tanda-tanda bersalin still takda lagi. Tak tau contraction tu actually rasa camna. Sebab first time kan.

Setakat 9 bulan tu rasa sakit yg dtg cuma sekejap ja itu pon mild boleh lagi bergelak gelak ngan zaidi.  So we assume belum masa nak bersalin lagi lah.

Sampai hospital Zaidi drop Sya bebetul depan gate untuk ke bilik saringan. Sya salam and peluk minta maaf doa restu semua siap nangis-nangis sambil dalam hati berdebar-debar.

Asalnya expectation kami hari 23 haribulan tu selesai semua process delivery, sebabnya kami dah pernah pergi hospital pada 11/11/2020, doc siap cakap awak nak balik dulu or nak deliver harini.

sebetulnya baby awak dah ready cukup matang dan boleh keluar dah. Kalau nak deliver 11/11 kami akan induce dan doc akan monitor 24 jam. however kami op out sebab bunyi scary ja nak kena monitor 24jam.

See also  The Best of Eczema Treatment for Kids

rupa-rupanyaaaaa mai 23/11 pon belum tentu boleh keluar the same day! Semua sebab covid husband tak leh masuk langsung. dah tak boleh jumpa Zaidi few days, im soo sad! Pass barang pon melalui guard ja

Once dah sampai ke bilik saringan, nurse minta Sya salin baju. Ramai betul ibu ibu nak bersalin kat bilik saringan tu tau huhu at least Sya bukan lah keseorangan, ada gang untuk sembang sama.

Tunggu punya tunggu, akhirnya Sya dipanggil utk doktor buat VE a.k.a seluk and scan. Pertama kali jugak kena seluk, Alhamdulillah tak banyak ragam masa mengandungkan Yusuf.

Orang cakap kena seluk ni sakit yakkmat tapi alhamdulillah Sya masih tenang hanya mampu tersenyum sebab malu ahahah. Tak sakit pon tapi rasa discomfort tu ada.

Dah seluk bukaan baru 1cm pastu bila scan air ketuban Sya dah mula kurang, doktor advise utk masuk ubat induce yg pertama. Sya masih acah acah tenang mengangguk sambil menjawab “baik doktor”.

First time Pregnancy Induced

Sebelum apply ubat profin as pregnancy induced tu ada surat yang perlu Sya sign. Surat yang nyatakan risiko risiko yang mungkin terjadi akibat induce process. Haish. Sya doa moga yg baik saja and Allah permudah urusan nak bersalin ni

Selesai masuk induce ubat. Sekejap ja. Tak sakit pon la. Cuma sya diminta utk rest and tak berjalan selama satu jam. So dorang hantar Sya ke wad bersalin naik wheelchair

Nanti after sejam nurse akan buat CTG untuk check contraction and baby’s heart rate

Bila Nurse buat CTG, heartbeat baby semua okay, tapi contraction sya masih mild. Kena tunggu petang pulak utk doktor check and buat decision apa best next step.

See also  Fenomena 24 Bottle Vivix!

Lebih kurang sejam lepas buat CTG, time ni lah pinggang Sya dah mula terasa sakit gila. Rasa yg tak tau nak explain camna sampai berpeluh weh.. hmm, contraction lah tu agaknya.

Sakit sangat 🥺🥺 tapi kena tahan je lah and cuba relax dengan tarik nafas! lucky sebelum ni Sya ada belajar cara bernafas yang proper, so bila sakit yang datang tu tak lama pon sat ja. Pastu hilang. 

Jam 4.30 doktor datang seluk lagi and bukaan hanya 2cm. Ye naik 1cm.. haahhaha. Time tu Sya cuma mampu mengucap ja. maybe ada benda lain yang Sya tak habis belajar lagi masa ni.

Foley Catheter AKA Masuk Belon

Disebabkan Sya dah rasa sakit contraction doktor inform yang dia tak sambung pregnancy induced secara ubat ke dua dah tapi dia akan masukkan belon untuk assist bukaan.

Sya follow ja apa yg doktor nak buat cause i know i am in a good hand. Insyaallah doktor tu tau apa yg terbaik utk Sya walaupon sya pon tertanya tanya belon tu apa benda la pulak..blur..

Belon tu sebenarnya Foley Catheter. Tiub getah yang dimasukkan dalam pangkal rahim dan dikembungkan dengan menggunakan air. Rupanya masuk belon pon salah satu alternatif pregnancy induced.

Ni lah belon yg doktor masukkan dalam pangkal rahim sya

Belon ni akan bantu buka jalan bersalin. Doktor bg masa 24 jam utk belon jatuh sendiri. mula lah bermalam Sya satu hari di wad bersalin HSI sambil menjalani pregnancy induced

Sepanjang belon tu dimasukkan memang tak selesa. Ahaha nak jalan pon nyilu pastu nak kencing nak berak lagi lah kan. Phew seeriaaaau wey.. ahaha tapi lama lama tu dah biasa dah. walaumacam mana pon kena get use to it.

See also  Class 24/12/2018 | Living as SID

Dah berani nak kencing berak mcm biasa. Cuma sebab tiub tu bila terjuntai di celah peha rasa cam lecehnyaa and eiuw camna nak berak. Takut taik terkena tiub nak kena bersihkan or ada jangkitan ka apa ahahahah.

Proses nak masukkan belon bagi Sya tak sakit pon. Syukur alhamdulillah iam a strong woman! mother of baby Yusuf yang comel!

tu baru part masukkan foley catheter, rupanya perjalanan Yusuf masih panjang, bukan takat sehari masuk ward, few more days Sya akan cerita, subscribe dulu dibawah ni k:

kalau ada soalan untuk tanya Sya, korang boleh wasap or comment kat bawah, nanti Sya cuba jawab satu satu.

Join Sya Madeena Sekarang untuk Generate More Income boleh register terus di bawah, kami akan guide from A to Z. Ataupun kalau nak beli dengan Sya Madeena, tapi ingat stock limited, first come first serve basis.

Untuk sebarang pertanyaan boleh terus WhatsApp Sya, nanti Sya balas ASAP.


Giveaway Voucher – Untuk Kita kita aja

Untuk update terbaru boleh subscribe to our WordPress :


This Post Has One Comment

Leave a Reply